'Ayah saya tersangkut di Jerman sejak 2020' | The Reporter

‘Ayah saya tersangkut di Jerman sejak 2020’

Ian Thomas Bell gagal dihubungi sejak April lalu.
Ian Thomas Bell gagal dihubungi sejak April lalu. Gambar: Siti Sara Bell.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang wanita, Siti Sara Bell merayu bantuan orang ramai termasuk pihak berkuasa dan pengaruh media sosial bagi membantu menjejak keberadaan bapanya, Ian Thomas Bell, seorang warga British yang dilaporkan hilang di Jerman sejak beberapa tahun lalu.

Menurut Sara, kali terakhir dia bertemu bapanya secara fizikal adalah pada tahun 2020, ketika pandemik COVID-19 mula melanda dunia.

“Saya Siti Sara Bell, anak kepada Ian Bell. Saya mohon bantuan dengan kadar segera. Ini adalah perkara yang sangat serius dan mendesak. Ayah saya ialah seorang warga British yang tersangkut di Jerman sebenarnya sejak tahun 2020, sejak COVID menanda,” katanya dalam satu kenyataan video yang kini tular di media sosial.

Baca juga:

Sara berkata, selepas pertemuan terakhir itu, hubungan mereka hanya berlangsung menerusi panggilan video di aplikasi WhatsApp. Namun, komunikasi tersebut terhenti secara tiba-tiba sejak 27 April lalu.

“Itulah kali terakhir dia telah menelefon saya, tetapi saya tak sempat angkat sebab waktu itu dah pukul 1-2 pagi. Selepas itu, langsung tiada khabar berita,” katanya.

https://www.tiktok.com/@sieratopaz/video/7525935815629737234
Kehilangan luar biasa

Menurut Sara, bapanya, Ian Thomas Bell, berusia 64 tahun, berkepala botak dan mempunyai mata berwarna coklat. Beliau turut memaklumkan bahawa bapanya mengalami masalah kesihatan sejak tahun 2021, yang mungkin telah mengubah bentuk fizikalnya.

“Kehilangan ini sangat luar biasa dan di luar kebiasaan. Kami sekeluarga sangat risau dan takut berlaku perkara yang tidak diingini,” ujarnya dalam nada penuh emosi.

Jelasnya lagi, laporan polis masih belum dibuat pada ketika itu kerana kekangan maklumat termasuk nombor pasport bapanya yang diperlukan oleh pihak kedutaan untuk memulakan siasatan.

“Insya-Allah pada hari Isnin, saya akan membuat laporan baharu kepada Kedutaan Jerman dan Kedutaan British untuk menyiasat keberadaan ayah saya di sana,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan Ian Thomas Bell diminta menghubungi Siti Sara Bell di talian 017-2971149.

“Tolong bantu saya kongsi video ini. Setiap perkongsian dan maklumat boleh membawa harapan besar kepada saya dan keluarga,” rayunya.

Related Posts