Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Satu rakaman video memaparkan dua individu dipercayai ‘penjaga parking haram’ di sekitar Bukit Bintang, Jalan Alor, meminta bayaran parkir di kawasan berkenaan.
Menerusi video tersebut, dua individu terbabit yang berpakaian hitam dilihat berkeliaran di kawasan parkir dan didakwa mengenakan bayaran tidak sah kepada pemilik kenderaan yang ingin meletakkan kereta. Lebih mengejutkan, bayaran tersebut dikatakan mencecah harga tidak munasabah dan sekiranya tidak dibayar, kenderaan berisiko dirosakkan.
“Tak habis-habis dari dulu penjaga parking haram ni pau duit parking dengan harga yang tinggi. Kalau tak bayar, kemungkinan kereta kena calar,” katanya.
Baca juga:
- Amira Othman umum hamil 30 minggu
- JAWI bantah penganjuran pesta air di Kuala Lumpur
- GSF 2.0 dipintas: SNCC sahkan 10 rakyat Malaysia ditahan
Pengadu turut meminta pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera menyiasat aktiviti tersebut.
“Ni public parking mana boleh ambik duit. Ni mintak RM10, kalau mintak RM2-3 bolehla bagi,” katanya.
Netizen juga menyuarakan rasa tidak puas hati, mempersoalkan mengapa pengguna masih perlu membayar kepada individu tidak dikenali sedangkan sistem parkir di Kuala Lumpur kini boleh diakses sepenuhnya melalui aplikasi rasmi.
“Bukan ke sekarang parking KL guna apps je bayar. Apa lagi nak kena bayar kat dia orang ni? Dah macam samseng,” komen seorang pengguna.
Sumber: TikTok









