TNB jelaskan isu teknikal punca paparan graf tidak tepat di aplikasi myTNB | The Reporter

TNB jelaskan isu teknikal punca paparan graf tidak tepat di aplikasi myTNB

TNB jelaskan isu paparan penggunaan tinggi di aplikasi MyTNB
TNB memberi jaminan bacaan bil elektrik bagi bulan Julai tidak terjejas. Gambar: TNB

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengambil maklum mengenai isu yang sedang tular di media sosial berhubung paparan graf penggunaan elektrik (kWh) yang tinggi bagi bulan Julai dalam aplikasi myTNB.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, TNB menjelaskan bahawa isu tersebut berpunca daripada ralat teknikal yang menyebabkan paparan graf penggunaan bagi bulan Julai tidak tepat. Justeru itu, graf tersebut tidak dipaparkan buat sementara waktu daripada paparan aplikasi.

“TNB ingin memberi jaminan bahawa bacaan penggunaan bagi bulan Julai tidak terjejas. Pelanggan boleh menyemak bil muktamad selepas tempoh pengebilan,” menurut kenyataan itu.

Baca juga:

TNB turut memaklumkan bahawa tindakan sedang diambil bagi menyelesaikan isu berkenaan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Pelanggan dinasihatkan untuk merujuk terus kepada saluran rasmi TNB bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini.

Terdahulu, tular rungutan pengguna di media sosial mengenai kenaikan mendadak bil elektrik yang diterima, sekali gus mencetuskan kekeliruan.

Sumber: Facebook TNB

Related Posts