Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar menjelaskan isu pawagam di Kelantan sebenarnya tidak pernah menjadi perdebatan besar dalam kalangan rakyat negeri itu, sebaliknya hanya kembali hangat selepas filem Mat Kilau mencetuskan fenomena luar biasa.
Menurut beliau, ketika itu terdapat segelintir pihak yang cuba meniup sentimen politik dengan mendakwa rakyat Kelantan dinafikan hak untuk menonton filem, lebih-lebih lagi kerana ia berlaku menjelang pilihan raya.
“Kelantan bukannya tidak pernah ada pawagam. Semua pawagam yang pernah wujud sebelum ini ditutup atas sebab perniagaan, bukannya disekat oleh kerajaan negeri,” jelasnya.
Baca juga:
- Disemadikan seperti wira, anjing jalanan Kali selamatkan 30 murid daripada ular berbisa
- Lelaki maut kemalangan, rutin perjalanan 700KM demi keluarga bertukar tragedi
- ‘Lahir di Malaysia, tapi…’- Lelaki luah rasa kecewa fikir masa depan
Mengulas lanjut, beliau menegaskan bahawa sekiranya benar mahu melihat industri filem berkembang, tumpuan seharusnya diberikan kepada penghasilan karya yang berkualiti, patuh syariah dan sarat dengan nilai positif.
“Filem seperti Mat Kilau tidak seharusnya hanya muncul dua tiga tahun sekali. Kita perlukan lebih banyak karya yang mendidik masyarakat dan membina budaya. Barulah pawagam, jika wujud sekalipun, menjadi saluran yang memberi kefahaman, bukan hiburan kosong semata-mata,” jelas beliau.
Tambahnya lagi, kerajaan negeri mahu industri hiburan berkembang dalam acuan Islam, seperti pelaksanaan papan iklan patuh syariah dan penggunaan tulisan Jawi yang diwajibkan di seluruh negeri.
Pawagam bukan sebagai ukuran
Beliau menegaskan, kerajaan negeri tidak pernah menyekat rakyat daripada menonton filem, sebaliknya hanya menetapkan dasar terhadap pawagam sebagai ruang hiburan awam. Katanya, pawagam juga tidak seharusnya dijadikan ukuran kemajuan sesebuah negeri kerana trend hiburan kini banyak beralih kepada platform penstriman (OTT).
“Ramai rakyat Kelantan yang sanggup ke Terengganu atau Kuala Lumpur untuk menonton filem di pawagam premium. Ini perkara biasa. Mereka celik hiburan, tahu menilai dan mampu berbelanja.,” katanya.
Dalam kenyataan tersebut juga, Mohd Amar menegaskan bahawa pendekatan Kelantan dalam isu ini bersifat berimbang, telah dibincangkan sejak zaman kepimpinan Nik Abdul Aziz lagi dan bukan satu keputusan bersifat tergesa-gesa.
“Kita cuma mahu pastikan apa jua bentuk hiburan yang dibawa tidak melalaikan, tidak merosakkan jiwa dan sentiasa dalam lingkungan nilai yang kita junjung bersama,” katanya.
Sumber: Facebook Datuk Mohd Amar











