Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang pelancong, Brent Farris, mencetuskan perhatian ramai selepas berkongsi pendapatnya tentang pengalaman makan di Malaysia dan Singapura. Dalam satu hantaran Facebook, beliau secara terbuka menyatakan hampir semua makanan yang dijual di Singapura boleh ditemui di Malaysia dengan rasa lebih sedap dan harga jauh lebih murah.
“Baiklah. Saya akan cakap sesuatu yang agak kontroversi. Kalau ia menyinggung anda, saya minta maaf terlebih dahulu. Ok, saya tak minta maaf.
“Apa sahaja yang anda boleh jumpa di Singapura (dari segi makanan), anda boleh jumpa di Malaysia dengan harga satu pertiga dan rasanya lebih sedap.
“Dan, buah kebangsaan Singapura ialah durian. Saya pasti mereka suka durian, tetapi mereka tak tanam pun. Malaysia yang memulakannya dan durian dari Malaysia lebih sedap daripada mana-mana durian yang ditanam di seluruh dunia. Maaf Thailand.”
“Akhirnya saya cakap juga. Lega rasanya macam satu beban sudah terangkat. Saya dah lama nak cakap benda ini.”
Reaksi bercampur daripada netizen
Hantaran itu menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial. Ada yang bersetuju, manakala ada juga yang mempertahankan makanan Singapura.
“Kami orang Malaysia biar saja pelancong bercakap. Kami tahu makanan kami memang sedap.” – Netizen tempatan.
“Sebagai orang Singapura, saya setuju. Ramai tak nak akui sebab ego.” – Netizen Singapura
Pendapat Brent Farris itu terus menjadi bualan dalam kalangan pengguna media sosial yang gemar membincangkan keistimewaan makanan Malaysia dan Singapura.




