Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
• Kieda luah rasa kecewa apabila gurauan sering disalah tafsir
• Beliau tegaskan mahu terus jadi diri sendiri tanpa memburukkan sesiapa
• Ruangan komen ditutup, dipercayai untuk elak kecaman
Selepas kontroversi gurauan tentang herpes menjadi bualan hangat di media sosial, usahawan dan pempengaruh Kieda Crepe memuat naik satu kapsyen panjang di Instagram yang mencuri perhatian ramai.
Walaupun tidak menyebut secara jelas isu yang dimaksudkan, kapsyen tersebut dipercayai merujuk kepada reaksi negatif netizen terhadap video gurauannya yang tular sebelum ini.
Apa yang Kieda cuba sampaikan?
Dalam hantaran yang dimuat naik kira-kira sembilan jam lalu, Kieda menulis luahan berbentuk puitis yang menggambarkan rasa kecewa apabila apa sahaja yang dilakukannya sering disalah tafsir.
“Buat baik orang kata, buat jahat lagi dikata, melawak cara sendiri orang terasa. Melawak cara orang, kita terima.”
“Susahnya menjadi seketul Kieda. Semoga terus menjadi diri sendiri, tak fake, tak bertalam dan tak makan kawan walaupun ada yang tidak menyukai.
“Jadi diri sendiri, buruk diri sendiri. Selagi Kieda tak burukkan orang lain, selagi itu Kieda tak ada masalah dengan orang lain.”
Kieda juga memberi bayangan dia memilih untuk terus menjadi diri sendiri walaupun sedar tidak semua orang akan menyukainya. Apa yang penting baginya adalah tidak menjatuhkan orang lain.
Menariknya, ruangan komen bagi hantaran tersebut ditutup kepada umum, dipercayai bagi mengelakkan gelombang kecaman berulang seperti sebelum ini.








