'Esok di akhirat merangkak cari Puteri' – Kak Jan tempelak netizen kecam asnaf | The Reporter

‘Esok di akhirat merangkak cari Puteri’ – Kak Jan tempelak netizen kecam asnaf

Kak Jan melawat Puteri yang sedang berpantang di rumah
“Esok di akhirat merangkak cari Puteri” – Kak Jan datang pertahan wanita asnaf yang dikecam netizen

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang aktivis dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gulab Jan Fazal Elad atau lebih dikenali sebagai Kak Jan, tampil mempertahankan Puteri yang sebelum ini menerima kritikan hebat susulan videonya mempersoalkan bantuan lampin asnaf daripada MAIWP.

Kak Jan berkata dia terpanggil untuk hadir dan bersuara selepas melihat komen-komen melampau yang dilemparkan kepada Puteri di media sosial, malah menyifatkan mereka yang mencaci perlu segera bertaubat dan meminta maaf.

Netizen perlu bertaubat, minta maaf pada Puteri

“Siapa-siapa yang bercakap negatif tu, bertaubat dan minta maaflah banyak-banyak. Esok di akhirat, merangkak mencari Puteri nak minta maaf,” katanya yang menyifatkan tindakan netizen menghentam Puteri secara membuta tuli adalah tidak wajar, lebih-lebih lagi tanpa mengetahui cerita sebenar di sebalik video tersebut.

“Allah pun ajar, kalau kita tak tahu apa-apa kita datang bertanya. Jangan bila dengar sikit sahaja terus menghentam Puteri anpa mengetahui cerita yang penuh. Siap kata tak halal duit yang dibagi. Anda Allah ke?” katanya.

@ipk.tv4

Isu ‘Isu akak drypers’ Nitizen jangan komen berlebihan. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hari ini memohon maaf atas kelewatan pertukaran bantuan lampin kepada Puan Puteri, penerima zakat yang baru bersalin dan menghadapi komplikasi kesihatan. Wakil MAIWP, En. Zaidi memaklumkan bahawa sistem telah dikemas kini dan pertukaran lampin jenis pants telah dilaksanakan segera walaupun dalam tempoh cuti umum. Wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Kak Jan, menyeru orang ramai agar tidak mengecam Puan Puteri yang hanya menyuarakan isu mewakili para asnaf lain. Beliau turut menegur sikap netizen yang cepat menghukum tanpa mengetahui keadaan sebenar. Puan Puteri pula menegaskan beliau bersyukur atas bantuan yang diterima, namun memohon sedikit penyesuaian atas keperluan khas anaknya. Beliau berharap semua pihak bersikap lebih memahami dan tidak menimbulkan fitnah. Terima kasih Ipk.tv

♬ original sound – IPK TV – IPK TV

MAIWP patut datang lawat Puteri

Kak Jan turut berkongsi keadaan sebenar Puteri yang sedang berpantang selepas melahirkan anak secara normal, namun mengalami komplikasi apabila disuntik oleh pihak hospital sehingga menyebabkan seluruh kakinya kekejangan dan tidak boleh bergerak sejak sembilan hari lalu.

“Dia bersalin normal, bila kena suntikan itu, seluruh kakinya mengalami kekejangan dan tidak dapat bergerak sehingga ke hari ini. Sepatutnya netizen tengok video itu betul-betul baru komen.

“Sepatutnya MAIWP bila dah terjadinya seperti itu, datanglah melawat dan berjumpa dengan dia. Ini tidak, dengar saja di media sosial dan terus keluarkan kenyataan media macam tu.

“Saya tahu ramai yang akan mengecam saya, tetapi saya bercakap atas dasar kebenaran. Puteri kata dia bersyukur dengan apa yang MAIWP telah berikan. Dia tidak pernah menidakkan bantuan itu,” katanya lagi.

Tak logik MAIWP minta Puteri datang ke pejabat

Menurut Kak Jan, apa yang disuarakan oleh Puteri bukan semata-mata untuk dirinya, tetapi mewakili ramai lagi asnaf lain yang turut berdepan masalah sama seperti kelewatan bantuan susu dan kekeliruan jenis barangan yang dibekalkan. MAIWP juga sepatutnya lebih berhati-hati dalam mengurus agihan bantuan agar tidak berlaku salah faham mahupun ketidaktepatan dalam memenuhi keperluan penerima.

Kak Jan turut mempersoalkan arahan yang meminta Puteri hadir sendiri ke pejabat MAIWP untuk pertukaran barangan bantuan, sedangkan Puteri sedang berpantang dan tidak mampu bergerak, manakala suaminya perlu menjaga isteri dan anak-anak.

“Logik ke Puteri dalam pantang dan kesakitan seperti ini nak pergi ke MAIWP?

Beliau berharap pihak MAIWP lebih cakna dan mengelakkan kesilapan berulang, sambil memaklumkan bahawa PPIM menerima banyak aduan berkaitan isu yang sama.

Related Posts