'Guna bahan premium & proses rumit', Kieda Crepe perjelas harga Tiramisu RM40 | The Reporter

‘Guna bahan premium & proses rumit’, Kieda Crepe perjelas harga Tiramisu RM40

Kieda Crepe menunjukkan bekas tiramisu sambil memberi penjelasan harga di hadapan rak jualan
Kieda Crepe tampil beri penjelasan mengenai harga tiramisu RM40 yang dikatakan terlalu mahal kerana guna bahan premium dan proses rumit.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Selepas dikecam menjual tiramisu pada harga RM40 sebekas, Kieda Crepe tampil memberi penjelasan mengenai kos sebenar yang terlibat dalam penyediaan manisan berkenaan.

Menerusi video penjelasan di TikTok, usahawan dan pempengaruh itu menyatakan bahawa harga tersebut bukan ditentukan sewenang-wenangnya, sebaliknya mengambil kira kualiti bahan yang digunakan dan proses penyediaannya yang memakan masa dan tenaga.

https://twitter.com/mhmmdhsm/status/1920802284591558755

“Ini ke yang orang cakap mahal sebekas RM40? Kalau dengar nama tiramisu ni, Kieda rasa semua boleh fikir nak buat ni pakai mascarpone, pakai biskut panjang-panjang Bonomi yang orang kata mahal tu.

“Kopi pula Kieda pakai Kopi Davis Corn dan semua barang ni mahal. Kita pakai krim Anchor, putar pakai tenaga,” katanya.

Tambah Kieda, walaupun ramai menganggap kos tertumpu pada bahan semata-mata, realitinya masa dan tenaga kerja turut menjadi faktor utama.

“Sebenarnya yang buat mahal bukan sebab barang sahaja, tetapi kerana tenaga manusia yang kita guna dan cara nak buat tiramisu ini yang sangat susah.”

Walaupun begitu, Kieda tetap memohon maaf kepada pelanggan yang merasakan harga tersebut tidak mampu milik. Namun beliau menegaskan bahawa bahan yang digunakan setaraf baker profesional dan bukan diambil secara sembarangan.

“Kalau mahal Kieda minta maaf, tapi barang Kieda pakai semua yang premium, sama macam baker lain. Kalau kata mahal, memang Kieda minta maaf tapi kalau nak makan puas, beli yang ini dan paling penting tak perlu support vendor.”

Penjelasannya itu menerima pelbagai reaksi dari pengguna media sosial. Ada yang memahami justifikasi harga berdasarkan kualiti bahan dan kos operasi, namun tidak kurang juga yang kekal berpendapat harganya terlalu tinggi untuk saiz yang ditawarkan.

Related Posts