Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Usahawan terkenal, Kieda Crepe, telah mengambil tindakan bersemuka bersama individu yang memberikan ulasan negatif terhadap produk keluarannya. Bukan itu sahaja, Kieda turut memulangkan semula wang pembelian kepada wanita berkenaan sebagai tanda tanggungjawab.
Menerusi satu perkongsian di TikTok milik Kieda, wanita terbabit yang dikenali sebagai Zamilah mengakui kesilapannya bertindak sedemikian. Difahamkan, Zamilah merupakan kakitangan di sebuah premis yang dikenali sebagai Atien Crepe.
Kieda dalam perkongsiannya turut menyeru orang ramai agar mengambil iktibar daripada kejadian ini.
“Dia dah mai jumpa Kieda, dia cakap Kieda tak ada masalah apa pun dengan dia. Tapi dia saja buat posting macam tu.
“Mohon semua ambil pengajaran atas tindakan Kieda ni. Kieda takkan berdiam diri lagi lepas ni. Kerana ikut emosi, mulut dan jari, habis maruah syarikat orang dan maruah sendiri kena tebalkan demi mohon maaf,” jelas Kieda.
Dalam masa yang sama, Kieda turut memaklumkan bahawa beliau tidak akan memanjangkan isu tersebut memandangkan permohonan maaf telah dibuat secara terbuka.
Terdahulu, Zamilah dilaporkan telah memuat naik satu hantaran yang mengkritik produk keluaran Kieda, mendakwa pelanggan seolah-olah dipermainkan dan menyatakan bahawa produk tersebut tidak enak.








