'Melon here, Melon there' Gelagat 2 warga emas nyanyi lagu Mixue curi tumpuan | The Reporter

‘Melon here, Melon there’ Gelagat 2 warga emas nyanyi lagu Mixue curi tumpuan

Dua warga emas menyanyikan lagu viral Mixue di kedai Taman Maluri, menarik perhatian pelanggan dengan gelagat comel mereka
Gelagat dua warga emas menyanyikan lagu Mixue tarik perhatian ramai. Gambar: Tangkap layar TikTok Mixue Taman Maluri

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Mixue Ice Cream & Tea ialah rangkaian kedai minuman dan ais krim dari China yang kini semakin popular di Malaysia. Mixue bukan sahaja terkenal kerana harganya yang murah, tetapi juga kerana lagu temanya yang catchy dan mudah melekat di kepala.

Dengan strategi pemasaran yang unik serta suasana kedai yang mesra pelanggan, Mixue muncul sebagai satu fenomena budaya pop yang tidak dijangka.

Ketika ini, premis berkenaan sedang menjalankan promosi yang meminta pelanggan menyanyikan lagu “melon here, melon there, Mixue melon everywhere”. Pelanggan yang menyanyikan lagu tersebut berpeluang untuk mendapatkan aiskrim secara percuma.

Pelbagai ragam pelanggan dapat dilihat menyanyikan lagu berkenaan tanpa mengira usia.

https://www.tiktok.com/@mixue.maluri/video/7501499156725337352?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7449188224558499329

Namun, menerusi beberapa hantaran video tular, gelagat dua orang warga emas ini telah menarik perhatian ramai. Sebuah hantaran yang dikongsikan oleh premis Mixue Taman Maluri merakamkan seorang warga emas berbangsa Cina mengajar seorang lelaki warga emas berbangsa Melayu cara menyanyikan lagu tersebut.

“Ada persahabatan yang bermula dengan berjabat tangan, tapi kami dimulakan dengan aiskrim melon percuma,” katanya.

Gelagat kedua-dua warga emas itu menikmati aiskrim turut dirakam, dan rata-rata netizen terhibur melihat keletah mereka.

Related Posts