Gambar Daiyan Trisha berpakaian mencolok mata tular, netizen luah rasa kecewa | The Reporter

Gambar Daiyan Trisha berpakaian mencolok mata tular, netizen luah rasa kecewa

Daiyan Trisha bergaya dengan busana rona kulit pucat bertali halus, tular di media sosial
Penampilan Daiyan Trisha dalam busana rona kulit pucat yang mencetuskan pelbagai reaksi netizen

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Nama Daiyan Trisha kembali menjadi perhatian selepas tular beberapa gambar di TikTok memaparkan dirinya mengenakan busana berwarna kulit pucat yang memperlihatkan potongan badan dengan cukup jelas.

Dalam gambar yang tersebar, Daiyan dilihat memakai gaun bertali halus dengan fabrik tipis dan dihiasi perincian bunga merah jambu di bahagian dada, disertai gaya rambut kerinting mengurai dan solekan bertona semula jadi.

Penampilan tersebut mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen, terutamanya selepas diketahui Daiyan pernah beberapa kali menunaikan umrah. Ramai mempersoalkan pemilihan busananya yang dianggap kurang sopan dan tidak seiring dengan perjalanan kerohanian yang pernah dilalui.

https://www.tiktok.com/@daiyantrisha22/video/7491226931007081746?lang=en

Antara komen yang mencuri perhatian termasuk, “Pergi Mekah banyak kali dah membazir je”, “Dia pergi Mekah mintak apa ya?” dan “So she went to Mekah for nothing??”, menunjukkan kekecewaan ramai terhadap imej yang ditampilkan.

Namun, terdapat juga segelintir pengguna media sosial yang menyeru agar teguran dilakukan dengan adab dan hikmah, mengingatkan bahawa hidayah adalah urusan individu dengan Tuhan dan bukan diukur semata-mata melalui pakaian.

Sehingga kini, Daiyan Trisha masih belum memberikan sebarang kenyataan balas berhubung isu yang tular ini.

Related Posts