Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Sambutan yang sepatutnya meriah bertukar kecoh apabila dua kumpulan lelaki bergaduh dalam acara Songkran di kawasan parkir luar pusat beli-belah 1 Utama baru-baru ini. Video kejadian yang tular di media sosial itu kini mendorong pihak polis untuk menjalankan siasatan.
Rakaman berdurasi lebih seminit menunjukkan suasana tegang apabila beberapa individu bertindak agresif, termasuk melontar kerusi plastik, penghadang jalan dan dipercayai turut menggunakan objek seperti batang besi. Kejadian berlaku pada malam terakhir festival yang berlangsung dari 10 hingga 20 April, di mana pelbagai aktiviti jualan dan sambutan air diadakan.
Sohai pic.twitter.com/6UXzioDy6o
— @ (@anthraxxx781) April 21, 2025
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, tiada laporan polis dibuat setakat ini, namun beliau telah mengarahkan Ketua Balai Polis Bandar Sri Damansara membuat laporan inisiatif bagi membolehkan siasatan dijalankan segera.
Insiden itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen, dengan ramai mempersoalkan kesesuaian membawa budaya luar seperti Songkran ke Malaysia. Ada yang berpandangan sambutan sebegini boleh mencetuskan kekecohan jika tidak dikawal dengan baik.
“Sambutan Songkran mungkin seronok di Thailand, tapi di sini lain. Kita tak biasa main air dengan orang asing,” kata seorang pengguna media sosial, manakala yang lain meluahkan kebimbangan bahawa kejadian seperti ini akan menyukarkan penganjuran acara komuniti pada masa depan.








