Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi tampil mempersoalkan tindakan segelintir pihak yang meminta beliau memohon maaf kepada Umisya, iaitu madu kepada anaknya, Marissa Dania.
Menerusi satu hantaran di aplikasi Threads, Abby berkata dirinya berasa pelik apabila hanya dia yang dipersalahkan dalam isu tersebut, sedangkan pihak lain yang lebih rapat dengan punca konflik seperti Aslam tidak pula ditegur.
“Orang sebut-sebut nama saya di sini. Tiba-tiba ada satu komen menyuruh saya meminta maaf kepada Umisya. Kenapa awak tak suruh Aslam tu minta maaf dekat saya atas apa yang berlaku? Aslam tu apa? Kayu ke?” tulisnya dengan nada kesal.
- Amira Othman umum hamil 30 minggu
- JAWI bantah penganjuran pesta air di Kuala Lumpur
- GSF 2.0 dipintas: SNCC sahkan 10 rakyat Malaysia ditahan
- Kanak-kanak jatuh longkang ditemukan, 10 km dari lokasi kejadian
- Sanusi tegas tolak Langkawi jadi Wilayah Persekutuan
Abby turut memberi amaran kepada individu yang terlalu banyak bercakap sehingga boleh mengundang reaksinya.
“Kita diam bukan bermaksud tak tahu. Jangan buat saya bersuara. Awak tu, nanti saya gam mulut awak dengan pita pelekat! Ha!” tambahnya.
Hantaran tersebut mencetus pelbagai reaksi daripada netizen. Ramai yang tampil mempertahankan Abby dan menyokong kenyataannya, malah ada yang mengimbas kembali kesedihan yang dilaluinya sebelum ini.
Seorang pengguna bernama abby_hotaru menulis: “Saya menulis ini sekadar untuk menyatakan harapan agar Puan tidak melayan mana-mana individu yang menandakan Puan dalam drama atau isu yang tidak perlu. Mereka tidak beretika.”
Sementara itu, pengguna lain turut mempersoalkan kewajaran Abby diminta minta maaf, sedangkan pihak lelaki yang membawa Marissa bernikah ke Thailand tidak pula dipersoalkan.
“Aik?? Kenapa Abby kena minta maaf kat Umisya. Abby ke yang bawa lari Aslam nikahkan kat Thailand. Abby dah move on, peminat belum lupa,” kata dianafisa81.
Namun begitu, terdapat juga segelintir netizen yang menasihatinya supaya tidak terlalu emosi dan cuba untuk terus bersabar serta tidak melayan provokasi yang berterusan.








