Semua premis perniagaan di Kelantan diarah tutup operasi 1 Syawal | The Reporter

Semua premis perniagaan di Kelantan diarah tutup operasi 1 Syawal

Premis ditutup 1 Syawal
Arahan tersebut bukan perkara baharu kerana sudah diamalkan oleh kerajaan negeri sejak beberapa tahun lalu.

Kerajaan negeri Kelantan telah mengeluarkan notis rasmi memaklumkan arahan penutupan premis perniagaan pada hari raya pertama Aidilfitri. Ini adalah selaran dengan dasar kerajaan negeri dalam meraikan kebajikan pekerja Muslim.

Semua premis perniagaan termasuk pasar raya, restoran makanan segera dan kedai serbaneka perlu menutup operasi pada 1 Syawal nanti.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah berkata, keputusan itu selaras dengan peraturan pihak berkuasa negeri mengenai penutupan operasi pada hari raya pertama bagi membolehkan pekerja yang beragama Islam menyambut Aidilfitri.

Semua premis perniagaan ujarnya diharapkan dapat mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan pemilik premis boleh dikenakan kompuan sehingga RM2,000 dan tindakan pendakwaan (hukuman penjara) sekiranya melanggar peraturan yang ditetapkan.

Tambahnya, perkara berkenaan bukan isu baharu namun sudah diamalkan oleh kerajaan negeri sejak beberapa tahun lalu.

“Peraturan itu ditetapkan bagi membolehkan semua pekerja yang beragama Ialam menyambut Aidilfitri. Ia bukan perkara baharu apabila ia sudah diamalkan oleh kerajaan negeri sejak beberapa tahun lalu,” katanya.

Sumber: Kosmo

Related Posts