Penjawat awam terima BKK Aidilfitri RM500 minggu depan | The Reporter

Penjawat awam terima BKK Aidilfitri RM500 minggu depan

Bantuan Khas Aidilfitri
BKK Aidilfitri diberikan kepada penjawat awam gred 56 ke bawah dan pesara RM250. Gambar: FB Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 akan diterima oleh penjawat awam Gred 56 ke bawah yang akan mula dibayar pada minggu hadapan.

Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri juga memaklumkan, BKK Aidilifitri sebanyak RM250 juga akan disalurkan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen.

Beliau juga berkata, walaupun bantuan bonus kepada penjawat awam telah diberikan pada Februari lalu, namun kerajaan menghargai pencapaian dan khidmat cemerlang yang telah disumbangkan.

“Kerajaan menimbang secara serius walaupun pada hemat saya (isu bonus penjawat awam) sudah diselesaikan pada bulan Februari tetapi kerana mengenangkan, pentadbiran itu lebih baik, khidmat mereka lebih baik dan kesungguhan yang ada.

“Maka saya putuskan, insya-Allah dalam minggu depan, kita akan salurkan Gred 56 ke bawah, RM500 bagi setiap penjawat awam dan untuk pesara, RM250 termasuk veteran dan veteran tidak berpencen,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Related Posts