'Dah macam hingus!' – Wanita kecewa taufufa dan nasi kerabu RM16 basi | The Reporter

‘Dah macam hingus!’ – Wanita kecewa taufufa dan nasi kerabu RM16 basi

Tangkapan layar perbincangan netizen mengenai kualiti makanan di bazar Ramadan Shah Alam.
Taufufa yang didakwa sudah basi

Bazar Ramadan sering menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli juadah berbuka puasa, namun ada juga yang kecewa apabila makanan yang dibeli tidak menepati jangkaan. Begitulah yang dialami oleh seorang wanita dikenali sebagai Jia Tulips, yang berkongsi pengalaman buruk selepas membeli taufufa di sebuah bazar Ramadan berhampiran SACC Mall, Shah Alam.

Menurutnya, taufufa yang dibeli bukan sahaja tidak menyelerakan tetapi juga bertekstur aneh hingga disamakan dengan hingus. Selain itu, dia turut mendakwa nasi kerabu yang dibelinya di bazar yang sama sudah basi, walaupun dijual pada harga RM16.

https://www.tiktok.com/@jiatulips/video/7482346768236154120

“Sampai hati kau kak scam aku. Sudahlah aku teringin nak makan taufufa. Ini dah macam hingus dah aku tengok. Ikhlas la sikit kalau nak berniaga kak. Sudahlah aku beli nasi kerabu pun basi, mahal pula tu RM16.

“Bazar Ramadan bersebelahan dengan SACC Mall is cancelled! Kang aku post gambar kedai kau kak, aku macam kacau periuk nasi kau pula. Hmm serba salah aku kak,” katanya.

Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai dan menyarankan agar lokasi gerai tersebut didedahkan agar orang ramai lebih berhati-hati. “Spill lah tapak kedai mana, aku pun peminat taufufa,” tulis seorang netizen.

Menjawab pertanyaan tersebut, Jia menjelaskan bahawa dia bukan berasal dari Shah Alam tetapi hanya singgah ke bazar Ramadan di kawasan itu. Katanya, gerai yang menjual taufufa itu terletak di bahagian belakang lot peniaga kuih muih berhampiran SACC Mall. Dia juga menyebut bahawa nasi kerabu yang dibeli berada sederet dengan gerai tersebut.

Related Posts