Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menafikan kenaikan harga santan berpunca daripada kekurangan bekalan, sebaliknya disebabkan peningkatan harga kelapa di pasaran sejak November 2024.
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu, menjelaskan bahawa harga kelapa import dari Indonesia meningkat akibat kekurangan bekalan serta lonjakan eksport negara itu ke China. Kesannya, permintaan terhadap kelapa tempatan meningkat, sekali gus memberi tekanan kepada harga.
Selain itu, kebanyakan petani lebih cenderung menjual kelapa muda kerana harganya lebih tinggi dan tempoh tuaian lebih singkat. Faktor cuaca seperti kemarau dan banjir juga menjejaskan hasil pengeluaran kelapa.
- Dua ADUN dipecat, empat pemimpin Bersatu digantung keahlian
- Annuar Musa akui penyatuan Melayu masih berdepan cabaran
- Tengku Hassanal kecewa keputusan kerajaan Pusat tidak ambil kira kepentingan Pahang
- Dua rakyat Singapura dikuarantin susulan wabak hantavirus kapal persiaran
- ‘Rakyat nilai siapa yang bekerja’ – Mohamad Sabu

Bagi memastikan bekalan mencukupi, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan membawa masuk 640 tan kelapa tua setiap bulan dari Indonesia, Sabah, dan Sarawak, terutama menjelang musim perayaan. Sehingga 4 Mac, sebanyak 734 tan metrik kelapa tua telah dibawa masuk dengan nilai RM2.01 juta dan diedarkan melalui 509 outlet pemasaran FAMA.
Sebahagian bekalan turut diagihkan kepada 16 pemborong dan lebih 200 usahawan santan di seluruh negara bagi menstabilkan harga serta memastikan kelangsungan industri pemprosesan santan.
KPKM yakin langkah ini dapat membantu mengawal harga dan memastikan bekalan produk berasaskan kelapa kekal stabil di pasaran.
Sumber: Harian Metro








