'Apa salah saya?' – Wanita guna alat bentuk lesung pipit, jadi tumpuan netizen | The Reporter

‘Apa salah saya?’ – Wanita guna alat bentuk lesung pipit, jadi tumpuan netizen

Alat dimple maker

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Lesung pipit merupakan lekukan kecil pada pipi yang terjadi akibat variasi otot wajah. Walaupun ia dikategorikan sebagai satu bentuk “kecacatan otot,” ramai menganggapnya sebagai tanda kecantikan yang unik. Malah, ada individu sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan lesung pipit.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang wanita menggunakan alat di pipinya yang dipercayai bertujuan membentuk lesung pipit secara paksaan.

Alat tersebut dikenali sebagai pembentuk lesung pipit atau Dimple Maker, yang berfungsi dengan menekan kedua-dua pipi untuk menghasilkan lekukan secara sementara. Namun, penggunaan alat seperti ini tidak digalakkan kerana ia boleh menyebabkan kesakitan atau kerosakan pada kulit dan otot wajah jika digunakan secara berlebihan.

Melalui video tersebut, wanita berkenaan meluahkan rasa hairan dengan reaksi orang sekeliling.

“Dari mula-mula restoran ini, semua orang pandang saya. Apa salahnya? Apa salah pada diri saya?” katanya.

https://www.tiktok.com/@local.rakyat/video/7446722526719364370

Tindakan wanita itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-rata mempersoalkan keinginannya untuk ‘mengubah’ ciptaan semula jadi.

Meeranam Hai menulis, “Lesung pipit ini walaupun satu kecacatan, tapi yang semula jadi itu memang nampak cantik. Kalau dibuat-buat, terus nampak cacat.”

Netizen lain, Rosmieylah Miey, menambah, “Yang fake memang akan nampak hodoh dan orang akan kutuk. Yang Allah cipta itu paling manis dan kekal.”

Related Posts