Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Ketika isu hutang RM1 juta masih menjadi perhatian, pelakon Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta mengambil inisiatif menjual baju terpakai menerusi siaran langsung di TikTok.
Dalam siaran tersebut, Che Ta mempromosikan pelbagai pakaian miliknya dan ahli keluarga lain, menarik lebih 20,000 tontonan serta menerima kira-kira 200,000 tanda suka.
Walaupun ramai pengguna TikTok meninggalkan komen berkaitan isu hutangnya, Che Ta hanya memberi tumpuan kepada barang yang dijual tanpa memberi reaksi terhadap komen tersebut.
Che Ta memaklumkan bahawa jualan baju terpakai ini bertujuan mengosongkan rak pakaian di premisnya. Aktiviti seperti ini juga sudah lama dilakukan sejak 2016, namun di platform yang berbeza.
Terdahulu, kediaman Che Ta di Kota Damansara diserbu oleh pihak MARA bersama peguam dan wakil mahkamah. Serbuan itu dilakukan selepas pelakon tersebut didakwa gagal melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta sejak beberapa tahun lalu.
Hasil serbuan menyaksikan pelbagai barangan peribadi bernilai hampir RM100,000 disita. Barang-barang tersebut kini menunggu proses lelongan yang dijadualkan berlangsung dalam tempoh dua minggu.
Sumber: Sinar Harian








