Restoran Bungkus Kaw Kaw peroleh sijil halal JAKIM | The Reporter

Restoran Bungkus Kaw Kaw peroleh sijil halal JAKIM

Restoran Bungkus Kaw Kaw dapat Sijil Halal
Sumber gambar: Free Malaysia Today

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Restoran Bungkus Kaw Kaw kini disahkan telah mendapat sijil halal.

Pengesahan berkenaan dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook Bungkus Kaw-Kaw.

“Bungkus Kaw Kaw telah disahkan Halal!

“Kami komited untuk menghidangkan makanan dan minuman kegemaran rakyat Malaysia yang penuh dengan warisan citarasa tradisi. Jom datang dan nikmati minuman KawKaw kegemaran anda hari ini!” tulisnya.

Hantaran berkenaan disambut baik oleh netizen dan ramai yang mula tidak sabar berkunjung ke restoran berkenaan.

Terdahulu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjelaskan bahawa Bungkus Kaw Kaw, selain beberapa lagi restoran sebagai bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Kenyataan tersebut susulan penularan surat berkaitan status sijil halal beberapa premis makanan yang ditanyakan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Jakim.

Related Posts