Rumah dibina guna hasil simpanan 20 tahun, hancur akibat arus deras banjir | The Reporter

Rumah dibina guna hasil simpanan 20 tahun, hancur akibat arus deras banjir

Rumah musnah akibat banjir

Hancur luluh hati seorang peniaga kecil-kecilan di Kampung Tujuh, Tumpat, apabila kediaman yang dibina hasil titik peluh selama 20 tahun musnah dalam sekelip mata akibat arus deras banjir dua hari lalu.

Mohd Safian Abd Kadir, 44, berkata, rumah yang dibina tiga tahun lalu itu rosak teruk hingga menyebabkan kerugian kira-kira RM200,000. Dia dimaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 11 malam, dua hari lalu, oleh seorang rakan yang menghubunginya.

@j4j4.n4wi_

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Membalas kepada @x

♬ wali band ya Allah – Muhamad albie away

“Rumah ini hasil usaha dan simpanan saya selama 20 tahun. Bila tengok ia musnah, kami hanya mampu menangis. Tiada kata yang boleh menggambarkan perasaan kami,” katanya memetik laporan dari Harian Metro, Ahad.

Menurut Mohd Safian, ini adalah kali pertama lokasi rumahnya dilanda banjir dan kejadian itu turut merosakkan struktur bangunan hingga retak sebelum musnah sepenuhnya.

“Saya percaya ada hikmah di sebalik musibah ini. Apa pun, saya bersyukur kerana isteri dan anak-anak tiada di rumah ketika kejadian berlaku,” tambahnya.

Isterinya, Mariana Muda, 46, bersama lima anak mereka, termasuk anak bongsu berusia sembilan tahun yang merupakan orang kurang upaya (OKU) Sindrom Down, menumpang di rumah ibu mentua, Halimah Hassan, 90, yang terletak kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

Kediaman tersebut sebelum ini sering digunakan sebagai inap desa dan keluarganya hanya tinggal di sana jika tiada tetamu.

“Banjir kali ini memang luar biasa. Kebetulan kami sudah berpindah sementara ke rumah ibu mentua musim ini kerana ingin memastikan keselamatannya,” katanya.

Mohd Safian kini berharap dapat membina kembali rumah tersebut, namun mengakui berdepan kekangan kewangan kerana pendapatan hanya bergantung kepada perniagaan kecil-kecilan.

Sumber: Harian Metro

Related Posts