Pelajar perempuan Tingkatan 1 maut terjatuh bangunan sekolah | The Reporter

Pelajar perempuan Tingkatan 1 maut terjatuh bangunan sekolah

Gambar hiasan

Seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu dilaporkan maut selepas terjatuh dari bangunan di sebuah sekolah di Jalan Syed Putra, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields menerima laporan berhubung kejadian itu daripada orang awam pada 6.59 petang.

Mangsa yang berusia 13 tahun itu katanya telah terjatuh dari tingkat lapan bangunan sekolah dan disahkah meninggal dunia Penolong Pegawai Perubatan.

Siasatan polis juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah melibatkan insiden berkenaan dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Mayat mangsa telah dirujuk ke Bahagian Forensik dan Patologi Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat dan hasil siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah di dalam kes ini.

“Kes kematian ini telah diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).

“Justeru, polis menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi sehingga menimbulkan kegusaran orang ramai dan menghentikan penularan kejadian ini di media sosial,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts