Aniaya kanak-kanak, guru GISBH dijel 10 tahun | The Reporter

Aniaya kanak-kanak, guru GISBH dijel 10 tahun

Sumber Gambar: NURUL NAJWA HASRAN/KOSMO!

Mahkamah Sesyen Klang menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas seorang guru sebuah pusat pendidikan dan kebajikan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di Bukit Raja.

Tertuduh didakwa atas kesalahan menekan dada seorang murid dengan menggunakan lutut serta merotan tiga kanak-kanak lain.

Mengikut tiga pertuduhan, dia didakwa sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan terhadap tiga kanak-kanak lelaki berusia 10 dan 11 tahun, telah menganiaya dengan merotan semua mangsa, yang mungkin menyebabkan mengalami kecederaan fizikal.

Bagi pertuduhan keempat pula, dia didakwa menganiaya seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dengan menekan dada menggunakan lutut, yang mungkin menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal.

Bagaimanapun, tertuduh merayu agar diringankan hukuman kerana mengaku insaf selain menyatakan perlu menanggung ibu bapa.

Terdahulu, satu rakaman tular yang merakamkan beberapa orang kanak-kanak yang dipercayai didera.

Seorang kanak-kanak mengerang kesakitan apabila dadanya dipijak dengan lutut manakala kanak-kanak lain dirotan tanpa belas ihsan.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts