AS dakwa 6 Pemimpin Hamas dengan 'Keganasan' kerana serangan 7 Oktober ke atas Israel | The Reporter

AS dakwa 6 Pemimpin Hamas dengan ‘Keganasan’ kerana serangan 7 Oktober ke atas Israel

Kredit foto: Human Rights Watch

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Jabatan Keadilan Amerika Syarikat mengumumkan enam pemimpin Hamas telah dituduh dengan pelbagai kesalahan berkaitan ‘pengganas’ berdasarkan dokumen mahkamah persekutuan yang dikeluarkan, pada Selasa, 3 September 2024.

Enam lelaki berkenaan termasuk pemimpin kumpulan Hamas, iaitu Yahya Sinwar (Ketua Hamas) dan Ismail Haniyeh yang meninggal dunia pada Julai lalu di Tehran. Mereka dituduh dengan melakukan ‘konspirasi untuk menyediakan sokongan material bagi tindakan keganasan yang mengakibatkan kematian,’ serta enam tuduhan lain.

Dalam dokumen tersebut, juga terdapat permintaan untuk menahan individu-individu tersebut.

Washington mendakwa, Hamas melancarkan serangan luar biasa ke atas Israel pada 7 Oktober 2023 sehingga mencetus peperangan yang berterusan di Gaza.

“Pengumuman pertuduhan ini hanya sebahagian daripada usaha kami untuk menyasarkan setiap aspek operasi Hamas.

“Yahya Sinwar dan pemimpin-pemimpin senior Hamas yang lain didakwa hari ini (Selasa) dengan merancang kempen keganasan dan organisasi pengganas ini selama beberapa dekad, termasuk pada 7 Oktober, kata Peguam Negara Amerika Syarikat, Merrick Garland, dalam satu kenyataan.

Kempen Israel menentang Hamas setakat ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya 40,819 orang di Gaza, menurut kementerian kesihatan wilayah tersebut. Pejabat hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) berkata, kebanyakan mangsa yang terkorban adalah wanita dan kanak-kanak.

Serangan pada 7 Oktober ke atas Israel menyebabkan kematian 1,205 orang, kebanyakannya warga awam, termasuk tawanan yang terbunuh semasa dalam tahanan, berdasarkan angka rasmi Israel. – Agensi

Related Posts