'Macam cikgu disiplin' - Warga emas curi tumpuan, pegang rotan sambil perhati kaum lelaki ke Solat Jumaat | The Reporter

‘Macam cikgu disiplin’ – Warga emas curi tumpuan, pegang rotan sambil perhati kaum lelaki ke Solat Jumaat

Tangkap layar TikTok salykinsobry, rose_rossa11

Seorang warga emas mencuri tumpuan ramai apabila gelagat dia memegang rotan sebagai tanda ‘amaran’ kepada kaum lelaki untuk menyegerakan Solat Jumaat.

Menerusi beberapa video tular, wanita warga emas itu seolah berleter panjang sambil memerhatikan kaum lelaki yang menuju ke masjid.

https://www.tiktok.com/@salykinsobry/video/7382865035673996551?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7407699070482302472

Susulan video tular berkenaan, warga emas itu digelar ‘nenek rotan.’

Bukan hanya memerhatikan dari jauh, nenek rotan ini juga menunggu di tangga masjid yang terletak di Kampung Padang Cempedak, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Sangat mencuit hati apabila ada yang mengambil kesempatan, membuat ‘laporan’ kepada nenek rotan tentang beberapa jemaah yang lambat. Saat itu juga, dilihat nenek rota mula bersuara.

Tindakan nenek rotan dipuji ramai kerana walaupun dilihat hanyalah teguran kecil, namun kerana ketegasan beliau menjadi asbab masuk ke syurga.

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar nenek rotan dipanjangkan umur dan terus diberikan kesihatan yang baik.

Related Posts