Insiden membaling botol berlaku semasa perlawanan silat di Sukan Malaysia (Sukma) 2024 di Stadium Bandaraya, Miri. Kejadian ini terjadi semasa perlawanan suku akhir kategori Bawah 45 kilogram antara pesilat tuan rumah, Iman Syakilla Mahdi, dan peserta Wilayah Persekutuan, Nurin Alyaa Damia Mohd Masran.
Menurut laporan media tempatan, kekecohan bermula apabila penonton membaling botol ke dalam gelanggang, menyebabkan perlawanan terpaksa dihentikan.
Bagaimanapun, menurut sumber lain menegaskan, insiden itu berpunca daripada pemberian markah yang didakwa tidak adil kerana tidak berlaku sebarang sentuhan.
“Isu yang harus diperdebatkan di sini adalah percubaan menambah markah untuk peserta walaupun tiada sentuhan. Sepanjang perlawanan berlangsung di mana-mana venue, tiada berlaku kekecohan oleh penonton.
“Tetapi apabila ada percubaan mengubah keputusan, itu yang menimbulkan kemarahan penonton,” kata netizen.

“Pertukaran markah dengan ramai saksi di bahagian penonton dan jurulatih Sarawak membantah tanpa dilayan, patutkah kita berdiam diri? Mereka (pihak sebelah sana) yang mula membaling botol,” kata netizen lain.
Akibat insiden ini, jawatankuasa penganjur menghentikan perlawanan di kedua-dua arena untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
Setelah perbincangan, pihak penganjur memutuskan untuk meneruskan perlawanan tanpa kehadiran penonton. Keputusan ini diambil untuk memastikan keselamatan semua pihak yang terlibat. Hanya petugas yang mempunyai pas masuk seperti pasukan perubatan dan petugas media yang dibenarkan berada di lokasi.








