'Nasi lemak telanjang' - Cheff Zam kecewa restoran terkenal jual asing nasi lemak dan sambal | The Reporter

‘Nasi lemak telanjang’ – Cheff Zam kecewa restoran terkenal jual asing nasi lemak dan sambal

Sumber Gambar: Tangkap layar TikTok Cheff Zam

Prof. Dato’ Zamzani Abdul Wahab atau lebih dikenali sebagai Cheff Zam meluahkan rasa kecewa dengan sebuah restoran jenama terkenal di dalam pasar raya yang menjual sambal nasi lemak dengan harga yang tidak berpatutan.

Restoran yang menjual menu makanan dan minuman tempatan yang menggunakan resepi asli turun temurun itu didakwa menipu pelanggan.

https://www.tiktok.com/@chef.zam/video/7405150720317476097?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7400696968819721746

“Kepala hangguk dia jual nasi lemak tak ada sambal dan kena tambah duit lain kalau nak sambal!” tulisnya.

Cheff Zam telah membuat pesanan satu set menu nasi lemak bersama rendang ayam dan juga air teh ais pada harga RM17.90.

@chef.zam

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Replying to @Leo Chrisnell @Bungkus Kaw Kaw

♬ original sound – Chef.Zam – Chef.Zam

Apa yang mengecewakannya, rendang ayam itu dilihat bercampur dengan kulit ayam.

Susulan itu juga, Cheff Zam turut memetik pihak KPDN Selangor untuk tindakan selanjutnya.

Di ruangan komen pula, ramai yang bersetuju dengan pandangan Cheff Zam mengenai harga di restoran berkenaan yang disifatkan tidak masuk akal.

Related Posts