'Tabiat kepit pin tudung di bibir boleh bawa maut' - Dr Samhan | The Reporter

‘Tabiat kepit pin tudung di bibir boleh bawa maut’ – Dr Samhan

Sumber Gambar: Caroulsell, Mstar

Wanita dinasihatkan oleh seorang pakar perubatan supaya berhati-hati apabila menggunakan pin tudung lebih-lebih lagi tabiat yang gemar meletakkan pin tudung di bibir.

“Tabiat kepit pin tudung di bibir boleh bawa maut. Pin tudung ni dah macam sahabat baik wanita. Kes tertelan pin tudung dah banyak kali terjadi.

“Bagaimana boleh tertelan? Ia terjadi diluar kawalan.

“Kebiasaannya berlaku akibat terbatuk, terbersin, tarik nafas atau terlucut dari bibir,” katanya.

Tambahnya lagi, pin tudung tersebut berkemungkinan akan memasuki ke salur makanan (esophagus) seterusnya ke perut atau masuk ke salur pernafasan dan seterusnya ke paru-paru.

“Jika masuk di salur makanan, ada kemungkinan akan keluar bersama najis jika tidak tersekat.

“Jika masuk ke salur pernafasan, ia akan tersekat di paru-paru dan boleh mengakibatkan pendarahan yang serius atau pneumomediastinum seterusnya boleh membawa maut,” katanya.

Katanya, jika berdepan dengan kes demikian, pesakit akan dirawat menggunakan kaedah rigid bronchoscopy iaitu memasukkan kamera ke dalam saluran pernafasan sebelum menarik keluar objek berkenaan.

Namun jika tidak berjaya, pesakit perlu menjalani pembedahan di mana dada terpaksa dibelah untuk keluarkan objek berkenaan.

Oleh yang demikian katanya, bagi mengelakkan perkara ini berlaku, beberapa perkara perlu dititikberatkan oleh kaum wanita termasuk memberi tumpuan semasa pemakaian tudung.

Sumber: Dr Samhan

Related Posts