'Jangan sibuk hal rumah tangga orang lain' - Damian Mikhail | The Reporter

‘Jangan sibuk hal rumah tangga orang lain’ – Damian Mikhail

Berlegar di media sosial ketika ini tentang beberapa selebriti yang dipetik nama terkait dengan isu rumah tangga pasangan selebriti.

Pendedahan demi pendedahan dibuat seolah menjadi episod berantai sehinggakan netizen turut ‘mengeluh’ terpaksa membuat ‘overtime’ lewat malam.

Melihat situasi tersebut, seorang bekas anggota kumpulan VE, Damian Mikhail dalam satu hantaran di Instagram menitipkan pesanan buat semua di luar sana agar tidak menjadi individu yang disifatkan sebagai ‘kepochi’.

“Jangan sibuk dengan hal rumah tangga orang lain.

“Nak bagi nasihatlah untuk semua, fokus benda yang lagi bermanfaat,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan kenyataan tersebut apabila melihat hampir kesemua media sosial berceritakan isu yang sama.

“Akhirnya ada yang bersuara,” kata netizen.

“Serabut. Kita nak baca news bukan kisah drama realiti, bukak media sosial bukan nak tahu kisah orang lain,” kata netizen lain.

Sumber:damianmikhailmusic

Related Posts