Malaysia tolak anjur Sukan Komanwel 2026 | The Reporter

Malaysia tolak anjur Sukan Komanwel 2026

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam satu kenyataan hari ini membuat keputusan tidak menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) sebagai tuan rumah temasya Sukan Komanwel 2026.

Keputusan yang diperoleh menerusi Mesyuarat Jemaah Menteri itu dibuat setelah meneliti semua aspek penganjuran dan implikasi.

“Kerajaan Madani mengucapkan terima kasih kepada CGF atas penawaran tuan rumah Sukan Komanwel 2026.

“Namun, pada ketika ini kerajaan mahu memberi fokus kepada pembangunan sukan serta kebajikan dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Delegasi CGF telah bertemu Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan mengadakan sesi penerangan mengenai tawaran selaku tuan rumah pada 5 Februari lalu.

Sesi berkenaan turut dihadiri Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Hasil pertemuan itu dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan antara lain mengutarakan tawaran CGF berjumlah £100 juta (RM603 juta) dijangka tidak mampu menampung kos keseluruhan penganjuran temasya sukan berskala besar.

Selain itu, kesan kepada ekonomi juga tidak dapat dikenal pasti dalam jangka masa singkat ini.

Terdahulu, pelbagai pihak tampil memberikan persepsi mengenai tawaran penganjuran Sukan Komanwel 2026 oleh Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) kepada Malaysia. Bagi mereka, kerajaan perlu memperhalusi tawaran tersebut yang akan memberikan impak kepada negara.

Sumber: Malaysia Gazette

Related Posts