Pengasas tudung terkenal belanja RM3.5 juta untuk perkahwinan anak sulung | The Reporter

Pengasas tudung terkenal belanja RM3.5 juta untuk perkahwinan anak sulung

RM3.5 juta, itu angka yang sanggup dibelanjakan oleh pengasas jenama tudung terkenal, Haliza Masyuri untuk majlis perkahwinan anak sulungnya yang diadakan di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tampil dengan busana berwarna putih yang dibuat oleh pereka Rizman Ruzaini, busana yang dipakai oleh menantu Haliza, Sarah, turut dihiasi dengan 189,936 batuan Swarovski dari Austria.

Difahamkan, terdapat lima jenis batu Swarovski yang digunakan dan keseluruhannya bernilai RM300,000.

Selain itu, Sarah turut memakai tiara eksklusif bertatahkan 233 kristal lutsinar yang direka khas oleh Pengarah Kreatif Global Swarovski, Giovanna Engelbert.

Menurut Haliza, selain merupakan satu-satunya tiara yang direka khas untuk Sarah, ia juga sangat berharga kerana ia diberi oleh pihak Swarovski kepada menantu pertamanya itu.

“Ini adalah inspirasi daripada perhiasan kaisar Austria dan perhiasan keluarga Mesmera Swarovski,” katanya.

Dalam majlis itu, Haliza juga memakai busana yang ditempa khas yang direka oleh Faizuluziaf dari Eropah, dihiasi dengan 72,000 batuan Swarovski bernilai RM170,000 dari Austria.

Sumber: Buletin TV3

Related Posts