'Kalau tak takut, kenapa lari?' - Lelaki Singapura didakwa rosakkan barang dalam kedai | The Reporter

‘Kalau tak takut, kenapa lari?’ – Lelaki Singapura didakwa rosakkan barang dalam kedai

Tular video seorang lelaki Singapura bertelagah dengan kakitangan sebuah premis di Mid Valley Southkey Mall, Johor Bahru, setelah didakwa merosakkan rak pameran dengan duduk di atasnya.

Dalam video yang yang dimuat naik di Facebook pada 13 Februari lalu, lelaki tersebut kelihatan tidak berpuas hati apabila kakitangan berkenaan menuntut kos ganti rugi semua barang-barang pameran yang rosak selepas rak itu terjatuh.

Bagaimanapun, lelaki itu mendakwa dia juga arif mengenai undang-undang dan menegaskan rak tersebut rapuh sehingga membuatkan dia terjatuh dan mengalami kecederaan di bahagian pinggang.

Selain mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang, lelaki itu cuba menyalahkan premis tersebut yang dikatakan tidak mmasang papan tanda larangan kepada pelanggan mereka daripada duduk di rak tersebut.

Pihak Mid Valley Southkey mall mengesahkan kejadian itu dan sedang menjalankan siasatan.

Sementara itu di media sosial, netizen mengecam lelaki terbabit yang sengaja memberikan alasan untuk mengelak dipertanggungjawabkan.

Nandya berkata, “Gunakan otak lah. Kalau benda tu bukan kerusi, jangan duduk di atasnya.”

Bagi Superdaddy pula, “Semakin ramai Singapura yang merendahkan reputasi kita. Dari mengisi petrol subsidi dalam kereta mewah mereka hingga duduk di rak pameran. Betul ke guys? Apakah mereka perlu dirotan?”

Related Posts