Video podcast Hot Daddy tidak disiarkan | The Reporter

Video podcast Hot Daddy tidak disiarkan

Sumber gambar: Instagram Bros Gang TV

Kementerian Komunikasi Malaysia mengesahkan bahawa video penstriman yang didakwa melibatkan seorang lelaki dikenali sebagai Hot Daddy tidak ditemui di mana-mana platform media sosial.

Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, siasatan awal yang dilakukan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) susulan penyebaran gambar Hot Daddy dengan podcaster terbabit mendapati, video tersebut tidak dapat dikesan, sama ada ia tidak pernah dimuat naik atau telah dikeluarkan oleh platform atau pemilik video tersebut.

Beliau juga telah meminta pejabatnya untuk menyelidiki dan mengesahkan bahawa video tersebut memang tidak wujud dalam akaun media sosial yang dimaksudkan.

Dalam masa sama, Fahmi turut mengingatkan golongan pempengaruh untuk mengenakan kawalan kendiri dan berhati-hati dalam mengendalikan podcast atau memuat naik sebarang kandungan di media sosial untuk mengelak memberikan kesan negatif kepada masyarakat.

Beliau juga menambah, kerajaan akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa dan akan meneliti sebarang tindakan yang perlu diambil terhadap mereka yang membuat kandungan yang kurang membina.

“Saya minta para podcaster supaya mengenakan kawalan kendiri dan berpada-padalah kita ada undang-undang dan kita ada adab dan budaya.

“Sekiranya ada mana mana pihak yang merasakan perlu diambil tindakan, pihak berkuasa boleh ambil tindakan,” kata beliau.

Sumber: Malaysia Gazette, Bernama

Related Posts