Mayat seorang wanita tanpa kepala, tangan dan kaki ditemui di dalam tong sampah yang dibuang ke longkang di tepi jalan besar Alor Gajah-Tampin pada 31 Disember lalu, sekitar jam 2 petang.
Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu, mayat tersebut dipercayai telah dibunuh dan anggota badannya dipotong sebelum disumbat ke dalam tong sampah dan dibuang ke longkang.
Mayat tersebut yang dianggarkan berusia anggaran 20 hingga 30 tahun itu juga ditemui tanpa pakaian dan identiti, dengan hanya sehelai kain merah di bawahnya.
Pakar patologi percaya mayat ditemui dalam keadaan mereput dan sudah kering itu telah meninggal dunia antara tujuh hingga 10 hari sebelum ditemui.
Kes ini kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mana-mana pihak yang kehilangan ahli keluarga terdekat atau individu yang dikenali, diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran atau berhubung terus di talian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah di talian 06-5562222.
Sumber: Harian Metro
Tak nak ketinggalan berita terkini? Sertai kami di Facebook, Instagram, X (Twitter), Telegram, WhatsApp dan Threads!








