'Netizen marah gila Sambal Nyet Khairi tiru Khairul Aming, tapi puji McMing tiru prosperity McD' - Damian Mikhail | The Reporter

‘Netizen marah gila Sambal Nyet Khairi tiru Khairul Aming, tapi puji McMing tiru prosperity McD’ – Damian Mikhail

Semalam, komposer dan penyanyi Damian Mikhail memuat naik kenyataan di laman X berhubung isu produk milik pempengaruh Khairul Aming, Sambal Nyet Berapi, yang diciplak peniaga lain sedang tular di media sosial.

“Netizen marah gila Sambal Nyet Khairi tiru Khairul Aming. Tapi mereka puji McMing tiru prosperity McD. Semua Mekdono je. Amacam? Huhu..”

Bagaimanapun, netizen tidak bersetuju dengan kenyataan Damian kerana bagi mereka, Khairul Aming sekadar berkongsi resepi dengan pengikut, bukannya menjual.

“Dia share resepi je. Tak pulak dia ikut sampai branding, packaging, writing semua dan dapat hasil jualan. Make sense?” kata Adzra.

https://www.tiktok.com/@khairulaming/video/7309708998087822594?lang=en

“Biar betul saudara ni? Bila masa KA jual burger sebijik-sebijik ikut mekdi? Dia share recipe. Kalau dia tak share pun benda tu, boleh simply Google je. Yang orang marah dia (peniaga Khairi) ciplak (produk) KA 99 peratus. Ada beza share resepi yang kita boleh Google sendiri for free dengan ciplak produk orang untuk kaut untung,” kata Elle.

Susulan dikritik teruk oleh netizen, Damian telah memadamkan kenyataan itu dan menjelaskan dia hanya sedar bergurau. Tambahan, dia juga menyokong Khairul Aming.

https://twitter.com/damian_mikhail/status/1740684365238247652

“Korang jangan la marah aku wei. Cuit gurau-gurau sikit dah triggered. Apa la netizen ni.

“Aku pun sokong Khairul Aming tau. Ciplak tu memang la salah. Aku orang seni, aku tau la,” katanya.

Sumber: X Damian, Oh My Media

Related Posts