'Bila lagi rakyat macam saya boleh sampaikan suara hati yang sudah lama terpendam?' - Wanita teruja dapat serah surat buat Raja Permaisuri Agong | The Reporter

‘Bila lagi rakyat macam saya boleh sampaikan suara hati yang sudah lama terpendam?’ – Wanita teruja dapat serah surat buat Raja Permaisuri Agong

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Tular ketika ini keterujaan rakyat di negeri Sabah yang sangat gembira dengan kunjungan Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri ke negeri mereka. Pelbagai ragam dan gelagat yang dapat dilihat menerusi beberapa video tular.

Menerusi satu video tular, seorang wanita sempat menghulurkan sepucuk surat kepada Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, di Sandakan. Wanita berkenaan menjerit-jerit memanggil nama Raja Permaisuri Agong dan menyerahkan surat tersebut kepada pengiringnya.

@pejuang1978

#Semoga kehadiran yang di Pertuan agong ke Sabah membawa seribu rahmat kepada seluruh rakyat Sabah.. amin2

♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Warkah buat Raja Permaisuri Agong

Isi kandungan surat tersebut juga telah menarik perhatian ramai. Antara lain isi kandungan surat tersebut merupakan luahan hati rakyat kepada pemimpin.

“Tujuan saya menulis surat ini adalah ingin menyatakan luahan hati yang telah lama terbuku. Sebagai seorang peniaga kecil-kecilan, saya amat terkesan dengan kenaikan harga barang yang begitu mendadak.

“Selain itu, negeri tercinta ini masih tidak lepas dari isu air, elektrik dan jalan raya. Kami masih ketinggalan arus kemodenan dan kehidupan daif terutama di kawasan pedalaman Sabah sangat menghiris hati. Saya berharap Sabah akan terus dipandang, dekat dan selari dengan arus kemajuan di negeri-negeri lain di Malaysia.

“Terima kasih Tuanku. Saya perintis, bukan pewaris,” tulisnya.

Mohon maaf kerana terlalu teruja

Pemilik surat tulisan tangan itu Sri Wahyu Ningsi bagaimanapun mengakui dia malu melihat video dimuat naik itu dan meminta maaf sekiranya tidak menunjukkan sikap yang baik.

“Walaupun terkejut dengan suara sendiri dan malu mahu tengok semula video itu, semuanya terjadi di luar kawalan saya. Terlalu teruja apabila surat saya sampai terus di tangan Raja Permaisuri.

“Bila lagi rakyat jelata macam saya ini boleh sampaikan suara hati yang selama ini memang terpendam terutama bab jalan raya?

“Semoga surat itu dibaca dan adalah sedikit penambahbaikan selepas ini. Negeri Sabah ni sebenarnya kaya tapi ya begitulah,” katanya.

Sumber: TikTok Pemburu Ringgit, Harian Metro

Related Posts