Baru sahaja dilancarkan kolaborasi antara jenama H&M dan Mugler, kedua-dua kolaborasi ini dikatakan berjaya menghangatkan dunia fast-fashion.
Pelancaran itu juga mengejutkan ramai pihak dengan kehadiran artis-artis yang menggayakan fesyen masing-masing.
Namun begitu, fesyen yang diperagakan dikatakan tidak sopan dan tidak mencerminkan identiti bangsa dan agama.
Menerusi video yang dikongsikan melalui TikTok, kelihatan ada beberapa artis wanita seakan berani tampil dengan berpakaian seksi dan ada diantaranya menggunakan material seakan-akan warna kulit.
Antara pemakaian artis wanita yang menjadi bualan netizen adalah Amelia Henderson, Mimi Lana, Eyka Farhana dan Azira Syafinaz.
Tindakan berani ini sudah semestinya mengundang kecaman netizen. Namun, mereka masih menganggap mungkin cuaca panas di Malaysia menyebabkan mereka memakai fesyen sedemikian rupa.
“Tak kisah la event tu memang kena pakai macam tu ke apa? Tapi tak boleh ke sebagai orang Islam tolak untuk pakai macam tu walaupun demi kerja, malu la tak respect agama,” komen Qis.
“Tu diaa, kes cuaca panas sangat kot ni,” kata Aishah Sha.
“Sangat menakutkan melihat menormalisasikan benda ni. Suka kan outfit tu, tapi lebih baik ambil model non muslim,” tulis Nizam.
Sumber: TikTok ehmalaysia








