'Kenapa tuduh saya yang letak ular kat situ eh?' - Aaron Aziz | The Reporter

‘Kenapa tuduh saya yang letak ular kat situ eh?’ – Aaron Aziz

Pelakon Aaron Aziz nafi dakwaan letak ular atas sangkar kucing, sedangkan dia hanya berdiri berdekatan sahaja

Tular gambar pelakon Datuk Aaron Aziz yang didakwa meletak seekor ular sawa di atas sangkar kucing, mengundang pelbagai reaksi netizen.

Ada yang mendakwa, perbuatan seperti itu hanya akan menyebabkan kucing ketakutan sehingga mengalami kesan trauma berpanjangan.

Persatuan Haiwan Malaysia tegur tindakan Aaron Aziz

Gambar tersebut turut mendapat perhatian pihak Haiwan Malaysia yang menegur perbuatannya itu.

“Aksi meletakkan ular sawa berdekatan kucing walaupun dalam keadaan bersangkar boleh menyebabkan kucing ketakutan melampau, memandangkan ular dan kucing adalah dua entiti pemangsa dan mangsa.

“Akibatnya kucing akan mengalami tekanan dan trauma melampau kerana berasa terancam apabila melihat dan bau musuh berdekatan,” katanya, selain mendakwa pelakon itu tidak memahami bahawa Malaysia mempunyai Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang melindungi haiwan domestik seperti kucing.

Pihaknya menasihatkan agar Aaron lebih peka dan sensitif dalam mengendalikan media sosial terutamanya apabila sesebuah hantaran itu membabitkan haiwan.

Aaron Aziz mohon maaf, namun kesal difitnah

Bagaimanapun, Aaron tampil menafikan dakwaan tersebut yang menyebabkan dia dikecam netizen di media sosial.

“Kenapa tuduh saya yang letak ular kat situ eh? Pemilik ular tu yang diarahkan untuk letak, bukan saya,” katanya.

Menurut Aaron, dia hanya sekadar berdiri di situ dan sesekali menyentuh reptilia berkenaan.

“Saya hanya berdiri kat situ dan berdialog. Pemilik kucing-kucing tu semua pun tak cakap apa-apa. So why saya je yang dimaki, dicaci?” katanya menerusi hantaran di Instagramnya, sejam yang lalu.

“Kepada page Animal Malaysia, ya memang saya buat live. Silap saya buat live, sebab itu pertama kali saya berlakon dengan ular dan mungkin saya ghairah.

Berkali-kali tanya keadaan kucing, siap tolak buat adegan berlebihan

“Tapi benda yang anda tak dapat tangkap atau benda yang tak ditunjuk dalam video, adalah apabila saya bertanya berkali-kali kepada pemilik ular, macam mana dengan kucing? Kucing takut ke tak? Akan mengganggu kucing ke tidak?

“Dia kata tidak, ular itu hanya makan arnab and something like that. Saya kat situ pun, mata saya sentiasa melihat gerak-geri kucing juga. Sebelum buat babak itu pun, saya dan director semua dah test, kalau kucing itu ada tunjuk tanda-tanda stress, kita tak akan buat babak itu.

“Kedua, itu bukan ular saya. Masa itu ada 11 orang menjaga keselamatan kucing dan ular itu juga. Pengarah ada minta saya buat satu perkara itu tetapi saya tak nak buat sebab saya tak sampai hati.

“Siapa nak maki saya, nak cakap saya bodoh tak apalah, silakan. Tapi ini yang saya perlu katakan, saya ada sembilan ekor kucing, saya pencinta kucing, tak mungkin saya akan menzalimi kucing, tak mungkin kami sekitar 20 orang termasuk kru penggambaran sanggup menzalimi kucing.

“Masa itu, kucing semua dalam keadaan aman. Ibu kucing tak ada langsung buat bunyi spray. Saya hanya menjalankan tugas yang diperlukan oleh pengarah dan penerbit,” ujarnya yang juga memohon maaf jika video itu menimbulkan rasa kurang senang orang ramai.

Sumber: Instagram Aaron Aziz

Related Posts