Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Di sebuah pasar raya, seorang suami bertengkar dengan isterinya dan menyuruh isterinya pergi masuk ke dalam pasar raya, sementara dia duduk di bangku kerana enggan ikut sama. Pertengkaran mereka itu diperhatikan oleh seorang pakcik yang berumur dalam lingkungan 60’an.
“Kami lebih kurang sebaya. Sebelum ini kami bekerja sebagai guru, sekarang dah bersara. Bila dah bersara, kami pergi ke Mekah bersama. Kami tinggal berdua di rumah sebab anak-anak kami seramai enam orang itu semua sudah berkahwin dan tinggal di rumah masing-masing.
“Oleh itu, sementara isteri dan anak masih ada, hargailah dia dan sayangilah dia. Kita hidup sementara di dunia ini. Pakcik hari-hari ke pusaranya dan selalu berkata,
Kau pergilah dulu, abang akan ikut kemudian








