Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Oleh Jebat Haji Ali
Dia tak bagi aku upload gambar kami bersama, tak bagi aku tag nama dia di mana-mana laman media sosial, tak bagi aku follow dia di Instagram pertama. Dia ada dua akaun Instagram, katanya akaun pertama dah tak pakai kemudian buat akaun kedua dan aku follow IG itu tetapi tak lama selepas itu dia block aku sedangkan kami masih dalam relationship. Kemudian dia unblock dan tak approve request aku. Akhirnya kedua-dua IG dia diprivatekan.
Kemudian malam semalam, 29 Mac 2017, selepas aku dah tengok semua gambar-gambar di Instagram dia, aku ajak dia berjumpa dan dia tak tahu lagi yang aku dah tahu semua itu. Dia pun ikut saja. Siap request nak makan KFC, seperti tak ada apa-apa yang berlaku. Kemudian dia turun masuk kereta, aku diam, gosok-gosok dahi. Dia tanya kenapa, aku tak cakap banyak terus tunjuk gambar dia berselfie dengan Man dalam kereta.
“Habis mamat itu asal you percaya?” aku caras.
“Kan I dah cakap, dia saja yang faham I, tahu kepala I macam mana. Berapa kali I nak cakakp, hah?! Adoi aku marah betullah!” dia tengking aku macam anak kucing.
“Ha’a laa, macam sebelum ini I tak pernah bertunang ekh. Delete sajalah, apa susah,” selamba dia jawab.
What the….?! Kemudian bila dah penat berborak, aku diam.
“Ada apa-apa lagi tak you nak cakap? I nak naik ni. I dah panas dah ni, dengan mengantuk lagi ni. You kalau nak dengar apa orang-orang itu cakap, you percaya gambar-gambar itu semua, itu you punya pasal. I dah explain sampai penat yang mana itu semua hanya lakonan sahaja sebab I nak balas dendam pada budak-budak kolej yang selalu buli I dulu. You nak percaya atau tak, sudah. I nak naik, nak tidur,” katanya.
“I tak dapat jawapan sebenar mengapa lakonan in dibuat tanpa pengetahuan I dan you jangan salahkan I kalau I tak boleh percaya yang semua ini hanya lakonan,” belum habis aku cakap, dia dah potong.
“So you percayalah dengan semua itu dan tak percaya dengan apa yang I cakap? You nak sangat kan relationship ini stop? So it’s up to you. Dah, I nak naik, bye!” dia terus keluar dari kereta.
Sambil dia keluar itu, aku sempat berkata, “Kahwin nanti jangan lupa jemput. Thanks!”
Selepas itu aku terus pergi ke kedai, nak shisha. Story dengna Kak Syu, Bancik Ely apa semua dan kemudian dengan kehebatan orang perempuan bila stalk, aku pun jumlah gambar yang berlaku siang 14 Mac 2017, sebelum aku bawa dia pergi candlelight dinner.
Aku nak tanya, logik ke kalau dia kata semua ini lakonan mantap dia dengan si Man itu?
Ini bukan cerita orang yang viral di mana-mana blog/page famous, ini cerita aku sendiri yang mana aku alami sepanjang hampir tiga bulan aku bersama dengan dia. Mana yang tahu siapa dia, janganlah dihebahkan siapa namanya. Jaga aib dia.
Yang last itu agak sadis jugalah sebab dah beli tiket Fast Furious 8, nak tengok dengan dia. Now, siapa nak tiket? Ada satu available ni.













