Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Mohamad Abdul Hamid memaklumkan tujuh sekeluarga yang mendapat perhatian Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong merupakan penerima skim kewangan bulanan Zakat Pulau Pinang (ZPP).
Beliau berkata, berdasarkan rekod, keluarga itu adalah penerima bantuan bulanan.
Tambahnya lagi, ZPP membantu keluarga ini dengan membayar kos deposit sewa rumah dan mereka dilaporkan sering hadir ke ZPP untuk mendapatkan bantuan kecemasan.
“Selain itu, ZPP juga sentiasa mengemaskini kadar jumlah penerimaan mengikut kesesuaian semasa,” katanya.
Terdahulu, tular mengenai dugaan yang ditempuh oleh tujuh sekeluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas dipercayai ditipu oleh pemilik rumah yang mendapat perhatian Steven.
Dalam perkongsian beliau di Facebook, Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu telah menghulurkan bantuan kepada keluarga berkenaan dan turut membantu lelaki yang dikenali sebagai Hilmi mendapat pekerjaan baru.
Selain itu juga, Steven telah membantu anak-anak kepada Hilmi meneruskan sesi pembelajaran semula di sekolah.
Sumber: Malaysia Gazette