'5 restoran terkenal bukan pemegang sijil halal' - JAKIM | The Reporter

‘5 restoran terkenal bukan pemegang sijil halal’ – JAKIM

Gambar hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Lima premis makanan disenaraikan bukan sebagai pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Premis berkenaan adalah Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr. Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw.

Kenyataan tersebut dibuat oleh Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai maklum balas mengenai penularan surat status halal premis-premis berkenaan.

“JAKIM mengambil maklum mengenai tularnya satu surat yang dikeluarkan oleh Jabatan ini bagi menjawab pertanyaan mengenai status halal beberapa premis makanan.

“Untuk makluman, pertanyaan tersebut telah diajukan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) JAKIM.

“Berdasarkan semakan dalam sistem MYeHALAL JAKIM, status halal bagi premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr. Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw adalah bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Justeru, maklum balas yang disediakan oleh Jabatan ini telah dijana melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam tersebut,” katanya.

Bagaimanapun katanya, premis makanan Ayam Penyet Best telah mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia di empat outlet yang dikenalpasti.

“Berdasarkan semakan semula yang dibuat melalui Portal Halal Malaysia mendapati premis makanan berangkai jenama Ayam Penyet Best telah mempunyai empat (4) outlet yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah,” katanya.

Related Posts