Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Empat individu termasuk dua kanak-kanak maut dirempuh kereta api dalam kejadian di Kampung Daringo, Jawa Barat, Indonesia, semalam.
Keempat-empat mangsa iaitu Anita Andini (37), Sahaman (65), Muhamad Alikhasan (7) dan Ted Alfarizi (7), dirempuh Kereta Api Fajar Utama yang datang dari arah Cirebon menuju ke Jakarta.
Lebih mengerikan, mayat Ted Alfarizi tersangkut di bahagian depan kereta api dan secara tidak sengaja ‘dibawa’ ke daerah Patokbeusi Subang, Jawa Barat.
Menurut ahli keluarga kepada salah seorang mangsa, Karya berkata, sebelum kejadian Sahaman membawa Muhamad Alikhasan dan Ted Alfarizi yang teringin bermain di landasan kereta api tersebut.
Sahaman ketika itu baru selesai bersenam dan tiba-tiba Kereta Api Fajar Utama datang melalui landasan itu dengan kelajuan tinggi.
Sahaman cuba membantu kedua kanak-kanak itu, tetapi gagal berbuat demikian yang menyebabkan dia turut dirempuh sehingga terpelanting beberapa meter.
Kesemua mayat mangsa dihantar ke Hospital Umum Daerah Karawang untuk dibedah siasat. Kes masih dalam siasatan polis. – Agensi








