4 Rakyat Sarawak Dibebaskan Oleh Abu Sayyaf - The Reporter

4 Rakyat Sarawak Dibebaskan Oleh Abu Sayyaf

PUTRAJAYA – Empat rakyat Malaysia yang diculik di Pulau Ligitan, Sabah, pada 1 April lalu telah dibebaskan oleh kumpulan militan Abu Sayyaf.

Keempat-empat mangsa culik yang berasal dari Sarawak itu telah dibebaskan dan dihantar ke Sandakan, pada awal pagi Rabu.

Laporan dari Jolo menunjukkan bahawa perunding dari Malaysia dan Filipina berjaya membebaskan keempat-empat mangsa dari kumpulan militan tersebut setelah beberapa kali mengadakan rundingan.

Adik beradik Wong Teck Kang, 31 dan Wong Teck Chii, 29, serta sepupu mereka, Johnny Lau Jung Hien, 21 dan rakan mereka, Wong Hung Sing, 34, berada dalam kapal tunda dalam perjalanan kembali ke Sarawak dari Filipina ketika itu, telah diculik kumpulan Abu Sayyaf.

Penculik yang menghubungi ahli keluarga mangsa, menuntut wang tebusan RM18 juta jika mahu kesemua mangsa dibebaskan. – PIXEL MEDIA

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!