'4 jongkong emas adalah untuk pelaburan' - Aman Palestin beri masa 3 hari kepada SPRM untuk nyahbekukan akaun & asetnya - The Reporter

‘4 jongkong emas adalah untuk pelaburan’ – Aman Palestin beri masa 3 hari kepada SPRM untuk nyahbekukan akaun & asetnya

Gambar hiasan (Artificial Intelligence)

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam dilaporkan telah merampas empat jongkong emas daripada pejabat Aman Palestin yang dikaitkan dengan dakwaan penyelewengan dana sumbangan awam.

Aman Palestin bagaimanapun tampil menjelaskan bahawa empat jongkong emas adalah untuk pelaburan dan ia dibenarkan berdasarkan kuasa yang diberikan ahli lembaga pengarah Aman Palestin.

“Dakwaan (menyeleweng) itu berniat jahat dan tidak benar sama sekali. Ada 16 kuasa diberikan kepada Ahli Lembaga Pengarah Aman Palestin dan kuasa untuk melabur itu ada dalam pelbagai mekanisme.

“Ia tidak salah dan lagi pun emas itu bernilai dan berharga serta mudah untuk ditukarkan kepada tunai sebelum dihantar kepada mereka yang memerlukan bantuan,” kata Peguam Aman Palestin, Muhammad Rafique Rashid Ali.

Aman Palestin juga menegaskannya, pihaknya sentiasa melakukan pengauditan setiap tahun dan dokumen audit boleh dilihat menerusi laman web Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Dalam pada itu, Aman Palestin memberi tempoh tiga hari kepada SPRM untuk menyahbekukan akaunnya dan surat notis juga telah dihantar semalam.

Ini kerana 41 akaun yang dibekukan oleh SPRM untuk siasatan, bukan semuanya adalah milik Aman Palestin. Sebaliknya ada akaun yang dimiliki oleh rakan strategik Aman Palestin dan akaun ahli lembaga pengarah dan kakitangan lain.

Selain itu, aset lain seperti 12 bidang tanah, empat bangunan dan empat kenderaan serta dana sumbangan rakyat Malaysia RM15.8 kita turut dibekukan.

Sumber: Kosmo! Online, Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!