4 hari tayangan, Kahar: Kapla High Council raih RM4.2 juta kutipan - The Reporter

4 hari tayangan, Kahar: Kapla High Council raih RM4.2 juta kutipan

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Filem Kahar: Kapla High Council telah berjaya mencatat kutipan sebanyak RM4.2 juta dalam masa empat hari tayangan.

Filem berkenaan yang sebelum ini sudah menjadi perbualan ramai semasa ditayangkan di Astro dijangka akan mengalami peningkatan dari segi kutipan.

Memetik laporan dari Sinar Harian, filem tersebut bukan hanya menonjolkan babak dan aksi yang mendebarkan, malah diselitkan mesej dan pengajaran tentang kekeluargaan yang turut meninggalkan kesan terhadap emosi penonton.

Dalam pada itu, Penerbit eksekutif merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad merakamkan penghargaan buat penonton filem berkenaan.

“Kami bersyukur dengan penerimaan baik filem ini. Melihat reaksi serta komen penonton selepas menonton, rata-rata berkongsi kepuasan mereka dari sudut jalan cerita, kualiti produksi dan memahami mesej yang ingin disampaikan seperti kepentingan institusi kekeluargaan kepada pembangunan diri seseorang.

“Kami mengharapkan lebih ramai memberi peluang untuk menonton filem ini dan berkongsi pandangan serta pengalaman bersama kami,” katanya.

Kahar: Kapla High Council membariskan pelakon-pelakon seperti Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Fazziq Muqris, Fadhli Masoot, Thompson Goh, Khenobu, Husyairi Hussain, Hasnul Rahmatakan.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!