Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Tiga warga Bangladesh telah ditahan oleh polis kerana didakwa menceroboh sebuah unit pangsapuri di Puchong.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, penahanan ini dibuat berdasarkan laporan daripada pemilik rumah yang membuat aduan di Balai Polis Ayer Putih, Kemaman, Terengganu yang kemudian dihantar ke Balai Polis Putra Perdana, Puchong.
Difahamkan, emilik rumah membuat laporan polis selepas dimaklumkan oleh kenalannya (Srilabu Kedah) yang memaklumkan rumahnya telah diceroboh oleh warga asing.
Tiga suspek yang ditahan berusia antara 23 hingga 30 tahun. Mereka ditahan pada jam 9 malam dan mengakui telah menceroboh rumah tersebut sejak dua bulan, dengan merosakkan kunci pintu dan menggantikannya dengan yang baru.
Kes itu kini sedang disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan ketiga-tiga suspek akan dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman.
Seksyen 448 Kanun Keseksaan
Kesalahan menceroboh rumah yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Terdahulu, pengguna Facebook, Srilabu Kedah, mendedahkan rumah milik kenalannya diceroboh oleh sekumpulan warga asing. Malah mereka turut membuat sambungan air dan elektrik secara haram.
Ketika ditanya, supervisor warga asing berkenaan memaklumkan mereka telah tinggal di rumah itu sejak 10 tahun lalu tanpa gangguan daripada mana-mana pihak.
Sumber: Harian Metro