OSAKA, JEPUN – Viral gambar dan video tiga lelaki yang dikatakan membuat onar ketika melancong di Jepun sehingga menyerang seorang kakitangan (rakyat Malaysia), merosakkan dan mengotorkan sebuah premis penginapan yang disewa mencetuskan rasa tidak puas hati pemiliknya.
“Budak samseng Malaysia bawah umur 20 tahun melancong ke Jepun dengan budaya samseng. Sudahlah tertinggal kapal terbang, dapat duduk lodge secara percuma lagi. Dan pelajar Malaysia yang berbaju biru itu walaupun sudah diperlakukan sebegitu rupa, masih sanggup menolong membayar harga kerosakkan dinding yang dipecahkan oleh samseng kedua dalam video ini. Harga ganti rugi ialah 100,000 yen!
“Kamu nak kata saya nak malukan mereka ini, katalah. Penat orang-orang lama dan kami menjaga nama baik Malaysia sehingga rakyat Malaysia dapat on arrival visa beberapa tahun lepas.
Ketiga-tiga suspek juga dikatakan telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai semalam dan dijangkakan telah tiba di KLIA 2 jam 12 tengah malam tadi.