Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Setelah tiga hari ditayangkan, filem Zim Zim Ala Kazim yang diarahhkan oleh Mawi mencatatkan kutipan RM1 juta. Zim Zim Ala Kazim merupakan filem kedua arahan dan terbitan Mawi selepas filem Tiada Tajuk.
Naskhah berkenaan memaparkan kisah benar pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias yang berdepan dengan gangguan sihir dan mistik.
Jelas Mawi, keputusan menayangkan filem itu di pawagam adalah satu tindakan tepat dan berbaloi.
“Alhamdulillah, pertamanya saya sangat bersyukur dengan kejayaan ini. Ternyata sambutan yang diterima sangat baik sehingga meraih kutipan yang tinggi di pawagam.
“Malah, komen yang diberi mereka yang sudah menonton sangat positif. Saya fikir ini antara faktor filem saya mendapat sambutan,” katanya.
Harapan Mawi
Dalam pada itu, Mawi yang turut membintangi filem berkenaan berharap agar filem arahannya itu akan terus mendapat sambutan hangat di pawagam.
“Selain mengarah dan berlakon, saya bertindak sebagai penerbit dan pastinya harapan saya agar kutipan filem ini terus meningkat.
“Saya berterima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong filem ini. Kepada yang belum menonton pula cepat-cepatlah ke pawagam,” katanya.
Selain Ustaz Kazim dan Mawi, filem terbitan Mawi World Entertainment Sdn Bhd itu menampilkan Bell Ngasri, Anas Tahir, Shanthesh Kumar, Elvina Chua, Man Raja Lawak, Maimunah Ahmad dan ramai lagi.
Zim Zim Ala Kazim mengisahkan sekumpulan pencari hantu yang sering melakukan aktiviti paranormal. Mereka kemudian menemukan sesuatu yang pelik dan mendapati Ustaz Kazim dalam bahaya, lantas mengambil keputusan menyelamatkannya.
Sumber: Berita Harian, Cahayaasmawi