13 Port “Hidden Lokal Restoran” Tersembunyi Dalam Mural Gergasi Di Pasar Seni, Jom Cari & Order Di Grab 5-Star Eats! | The Reporter

13 Port “Hidden Lokal Restoran” Tersembunyi Dalam Mural Gergasi Di Pasar Seni, Jom Cari & Order Di Grab 5-Star Eats!

Grab Mural

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Siapa dekat sini suka food hunting dan playing tourist sekitar kawasan Lembah Klang, kita geng! 

Jujur cakap, dekat KL ni sebenarnya ada banyak sangat tempat menarik yang kita boleh teroka, Instagrammable lagi! 

Bukan itu saja, sebenarnya ada 13 port makan lokal yang ramai orang tak perasan tau. 

Jalan-Jalan KL Makin Seronok Bila Jumpa Mural Gergasi Ini, Siap Ada Hint 13 Restoran Grab 5-Star Eats

Biasa kalau playing tourist ni, kita mesti nak tangkap gambar-gambar estetik untuk dimuat naik di media sosial betul tak? 

Haa, kalau korang singgah ke Jalan Kasturi, jangan lupa tangkap gambar bersama mural gergasi Grab 5-Star Eats x Tourism Malaysia okay? 

Apa yang best dengan mural ini adalah, selain berdekatan dengan Pasar Seni yang cukup terkenal sebagai port playing tourist, ia juga tampak sangat vibrant dan cantik! 

Hasil lukisan mural artis tempatan, Nasuha Ibrahim ini menonjolkan keunikan makanan di Malaysia yang bertaraf “5-Star”, menjadikan mural ini tampak sangat estetik dan lebih bermakna. 

Kalau playing tourist, tak kan tak cuba cari port makan sedap-sedap kan? 

Ingat tak kami ada sebut tentang 13 port makan lokal? Korang boleh cuba cari kesemua tempat makan tersebut di dalam mural ini tau, senang nak food hunting nanti! Psst, semuanya adalah restoran bertaraf tinggi yang dinilai tinggi oleh berjuta-juta rakyat Malaysia.

Untuk korang yang ingin tahu di mana terletaknya mural Grab 5-Star Eats x Tourism Malaysia ni, ia berada berdekatan dengan Zus Coffee Pasar Seni yang baru. 

Untuk update terkini tentang Grab Malaysia x Tourism Malaysia, korang boleh follow Grab Malaysia di TikTok dan Instagram.

Related Posts